Sila Hubungi (+603) 8744 3331 untuk melaporkan aduan berkenaan aktiviti perbankan yang mencurigakan.
[Laporkan Penipuan, Scam atau Pertikaian]
Laporkan Penipuan, Scam atau Pertikaian
Sila maklumkan kepada kami dengan segera jika anda mendapati atau mengesyaki mana-mana perkara berikut:
1. Apa yang Anda Perlu Anda Laporkan
Transaksi Tanpa Kebenaran: Pembelian menggunakan kad, transaksi, atau pengeluaran yang dibuat tanpa pengetahuan atau kebenaran anda.
Syak Aktiviti Penipuan atau Scam: Panggilan mencurigakan, SMS pancingan data (phishing), butiran log masuk yang terjejas, atau pautan aplikasi palsu.
2. Apa yang Anda Perlu Lakukan?
Langkah 1:
Tindakan Kecemasan Kendiri Serta-Merta
Jika akaun anda diceroboh atau digodam, ambil tindakan segera dalam aplikasi KAF Digital Bank:
Sekat Kad Sahaja: Pergi ke Lagi > Urus Kad > Sekat Kad untuk menyekat pembayaran kad (akses aplikasi kekal aktif).
Sekat Seluruh Akses Perbankan (Kill Switch): Pergi ke Lagi > Tetapan > Nyahaktifkan Laluan e-Perbankan untuk menyekat semua akses perbankan.
Langkah 2:
Saluran Pelaporan Utama
Hubungi Kami: Talian 24/7 di +603-8744 3331, WhatsApp +6012-473 8744, atau hantar Pesanan melalui Aplikasi KAF Digital Bank.
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC): Hubungi 997 dengan segera (Talian Aduan Scam 24 Jam)
Langkah 3:
Buat Laporan Polis & Serah Pertikaian
Laporan Polis: Buat laporan di balai polis berdekatan dalam tempoh 24 jam.
Serah Pertikaian:
Melalui aplikasi: Pilih transaksi tersebut, tekan Percanggahan, dan lampirkan laporan polis anda di ruangan Pesanan.
Melalui Khidmat Pelanggan: Kami akan merekodkan pertikaian dan membimbing anda menyerahkan laporan polis.
3. Maklumat yang Diperlukan
Sila sediakan maklumat berikut apabila menghubungi kami:
Nama penuh
Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
Butiran akaun atau kad yang terlibat
Butiran Transaksi: Tarikh, masa, jumlah, dan ID Transaksi (atau salinan resit)
Sebab pertikaian
Dokumen sokongan (cth. laporan polis, transkrip mesej)
4. Apa yang Berlaku Seterusnya?
Kes anda akan diambil maklum dalam tempoh 3 hari bekerja dan disemak oleh jabatan siasatan penipuan kami.
Kami akan menghubungi anda melalui butiran yang berdaftar sekiranya maklumat lanjut diperlukan.
Anda akan menerima maklum balas mengenai keputusan semakan sebaik sahaja siasatan selesai.
5. Peringatan Penting Keselamatan
Laporkan Segera: Hubungi KAF Digital Bank atau NSRC (997) jika mengesan aktiviti mencurigakan.
Lindungi Maklumat Sulit: Jangan kongsi PIN, OTP, atau maklumat perbankan anda. Pihak bank tidak akan memintanya daripada anda.
Kekal Berwaspada: Berhati-hati dengan panggilan, mesej, atau pautan muat turun aplikasi (.apk) yang mencurigakan dan tidak disahkan.
6. Penyelesaian Pertikaian & Saluran Aduan
Isu masih belum selesai? Jika pertikaian anda tidak diselesaikan selepas siasatan kami, anda boleh merujuk saluran lanjutan rasmi kami di Panduan Penyelesaian Maklum Balas & Aduan.
7. Ingin Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pencegahan Penipuan & Scam?
Ketahui cara mengesan tanda-tanda awal penipuan, mengelakkan scam, dan menjaga keselamatan akaun anda. Baca panduan penuh kami tentang Mencegah, Mengesan, dan Menangani Penipuan dan Skim Penipuan untuk langkah-langkah keselamatan yang praktikal.