Sila Hubungi (+603) 8744 3331 untuk melaporkan aduan berkenaan aktiviti perbankan yang mencurigakan

Tentang Kami

Bank Digital Patuh Syariah di Malaysia

Mengenai Kami

KAF Digital Bank ialah 100% bank Islam digital Malaysia, konsortium yang dipimpin oleh KAF Investment Bank yang terdiri daripada Carsome, Jirnexu, MoneyMatch dan Storehub. KAF Digital Bank komited untuk menyampaikan penyelesaian kewangan yang inovatif, selamat dan patuh Shariah.

Di KAF Digital Bank, matlamat kami adalah untuk menyampaikan perkhidmatan perbankan kepada anda, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan cara yang selamat, bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan anda, membina hubungan yang mendalam dan menyokong matlamat dan aspirasi kewangan anda.

Syarikat induk KAF Digital Bank, KAF Investment Bank, ialah sebuah konglomerat perkhidmatan kewangan dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam menyokong pembinaan negara dan menyampaikan reputasi dalam melayani pelabur institusi dan pelanggan kewangan.

Ketua Pengawai Eksekutif

Suzaini bin Mukhtar merupakan pengamal perbankan Islam dengan pengalaman hampir 30 tahun di Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kepakaran beliau merangkumi perbankan runcit, perbankan perniagaan, pengurusan kekayaan, perbankan komersial dan korporat yang meliputi pembangunan dan pengurusan produk, segmentasi pelanggan, pendigitalan, saluran jualan dan pengedaran, prestasi jualan, pengurusan strategik serta rangkuman kewangan.

Perjalanan akademik Suzaini bermula dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A.) dalam bidang Ekonomi dari University of Pittsburgh, Pennsylvania, AS, diikuti dengan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (M.B.A.) dalam Pengurusan Strategik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sebelum menyertai KAF Digital Bank, beliau menguruskan bahagian Deposit, Pembayaran dan Rangkuman Kewangan di Bank Simpanan Nasional (BSN). Di sana, beliau menerajui pengurusan prestasi jualan dan negeri, rangkuman kewangan, pengiriman wang & kemasukan serta adaptasi perbankan digital, pemasaran dan segmentasi, inovasi dan transformasi produk, serta strategi dan analitik perniagaan.

Suzaini sebelum ini pernah memegang jawatan di beberapa organisasi termasuk Standard Chartered Saadiq, Emirates Islamic Bank (Dubai, UAE), HSBC Amanah dan Hong Leong Bank. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menerajui pelbagai inisiatif yang meraih pengiktirafan dan anugerah industri yang signifikan.

Beliau telah bersama KAF Digital Bank Berhad sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif sejak 1 Disember 2025 sebagai  Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bagi bank tersebut. Berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026, Suzaini telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KAF Digital Bank.

Suzaini Bin Mukhtar

KAF Digital Bank Board of Directors

Puan Putri Noor Shariza Noordin Omar

Ignatius Ong Ming Choy

Encik Mohd Hazran Abd Hadi

Rohaizad Ismail

Mohd Suhaimi Abdul Hamid

Pentadbiran Urus Korporat

Tadbir Urus


Program Kesetiaan Pelanggan Yang Kukuh Dengan Ganjaran Yang Berterusan Kepada Pelanggan

Kathy

QR payment system of KAF Digital Bank and the design of the application

Muat Turun Aplikasi
KAF Digital Bank

Buka akaun simpanan dengan mudah melalui aplikasi KAF Digital Bank di telefon mudah alih anda.

Tersedia di App Store dan juga Google Play