Pemberian Maklumat (Whistleblowing)

Dalam memupuk budaya berintegriti, KAF Digital Bank percaya kepada sistem yang selamat dan dilindungi. Polisi Pemberian Maklumat KAF Digital Bank menyediakan saluran bagi semua kakitangan Bank dan pihak berkepentingan lain untuk melaporkan sebarang Kelakuan Tidak Wajar dengan jujur.

Pendedahan “Kelakuan Tidak Wajar”

Berikut adalah contoh Kelakuan Tidak Wajar yang umumnya diterima untuk dilaporkan, dan tidak terhad kepada:

a) Penipuan;

b) Kecurian;

c) Jenayah Pecah Amanah;

d) Rasuah;

e) Sogokan;

f) Pengubahan wang haram;

g) Penyalahgunaan kuasa;

h) Kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan;

i) Penyalahgunaan dana atau harta Bank; dan

j) Pelanggaran Polisi dan Prosedur Bank serta Polisi Kod Etika dan Tatakelakuan Profesional Kumpulan KAF.

Untuk memudahkan siasatan ke atas Kelakuan Tidak Wajar yang dilaporkan, maklumat berikut hendaklah dikemukakan bersama laporan anda:

a) Penerangan ringkas berkenaan salah laku;

b) Tarikh dan lokasi kejadian;

c) Identiti pelaku;

d) Butiran saksi, jika ada;

e) Bukti dan/atau dokumen sokongan; dan

f) Butiran lain yang dianggap penting untuk membantu penilaian dan menentukan tindakan wajar yang perlu diambil.

Ketanpanamaan, Pengendalian Maklumat Sulit dan Perlindungan

KAF Digital Bank komited dalam melindungi identiti pemberi maklumat, ketanpanamaan, dan kerahsiaan perkara yang dilaporkan, tetapi dikecualikan sekiranya pendedahan dikehendaki oleh undang-undang atau jika ia penting untuk penyiasatan diteruskan dengan berkesan. Pemberi maklumat yang melaporkan Kelakuan Tidak Wajar dengan jujur akan dilindungi dari sebarang bentuk tindak balas atau tindakan buruk.

Cara Memberi Maklumat

Kebimbangan tentang Kelakuan Tidak Wajar boleh dikemukakan dengan cara bertulis melalui (Borang Pemberian Maklumat)
ke saluran-saluran yang berikut:

Individu yang dilaporkan


  • Mana-mana kakitangan KAF DB

    KECUALI Ketua Pematuhan, Pengurus Kanan, Sumber Manusia

    dan Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga.

  • Vendor KAF DB dan kakitangannya.

  • Ketua Jabatan Pematuhan;

  • Pengurus Kanan, Sumber Manusia

  • Ketua Jabatan Pematuhan;

  • Pengurus Kanan, Sumber Manusia


Individu yang ditetapkan


  • Pengerusi, Jawatankuasa Lembaga Audit

  • Pengerusi, Lembaga Pengarah

  • Pengerusi, Jawatankuasa Lembaga Audit


Saluran Penyerahan


1. E-mel:

Lengkapkan Borang Pemberian Maklumat dan e-melkan kepada

kdb.whistleblowing@kaf.com.my

2. Surat:

Sila sertakan borang yang berkaitan dan dokumen sokongan di dalam sampul surat yang berlabel "Untuk dibuka oleh [Individu yang Ditetapkan] sahaja”, dan dihantarkan kepada:

[Individu yang Ditetapkan]
KAF Digital Bank Berhad
Tingkat 13, Menara Chulan,
No.3 Jalan Conlay, 50450
Kuala Lumpur.

Nota: Sila label sampul surat “SULIT DAN RAHSIA” dan sertakan borang yang berkaitan serta dokumen sokongan dalam sampul tertutup.

Sebagai alternatif, pemberi maklumat boleh membuat pendedahan Kelakuan Tidak Wajar kepada:

● Bank Negara Malaysia melalui https://www/bnm/gov.my/whistleblowing-policy; atau

● Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melalui https://portaladuan.sprm.gov.my